Rabu, 15 November 2017

KRABI

Aku tahu cerita aku hampir basi 
sejak degree life tak sempat pulak nak berblog
bukak laptop asyik tengok movie je. 

So cuti sem dua haritu my family decided
p KRABI so kitaorang adik beradik mula lah
tugasan masing-masing. After pakat buat boarder pass
kitaorang mula lah bahagi tugas sorang kemas rumah ,
sorang masak, sorang basuh kereta macam macam lah.
Nak p vacation boleh syaratnya sebelum p kena tinggalkan
rumah dalam keadaan bersih.

3hari 2malam kitaorang ambik pakej
so guna van lepas dari boarder bukit kayu hitam
Perjalanan lima jam macam kedah ke KL
tapi tak rasa bosan maybe van kitaorang ni ada wifi kot
so kurang sikit bosan. Beratur dekat immigresion
panjang gilaa tapi normal lah bila hulur duit terus
jadi laju terpaksa gaisssss. Then dah selesai semua
punya panas lit lit apalagi dah masuk danok
wajib la singga beli air pulut semua sumpah sedap tak tipu.

Sampai pun dah pukul lima petang macam tu 
check in hotel then salin baju rehat sekejap
apalagi ada swimmping pool satu family
mandi. Bestnya hotel tu takada orang so kitaorang punya lah.
Tetiba rasa macam ada privasi. Malam tu p
pasar malam Krabi situ memang wajib singgah.
Macam-macam dorang jual termasuklah makanan, ole-ole pun
banyak dekat situ sampaikan rambang mata.
Harga normal lah duit Malaysia jatuh kan tapi
bagi aku murah jugak lah and datang sni wajib
makan PANCAKE ! SEDAP SUMPAH TAK TIPU!

Esok tu kitaorang gerak ke pulau. So ada empat pulau
nama pulau aku dah tak ingat tapi mostly pakej
semua ada pulau tu except pulau privasi extra charge
tapi disebabkan tour guide kitaorg sporting dia
singgah pulau tu jugak tapi kejap je kalau tak kena
bayar then kitaorg tangkap gambar cepat cepat then terus 
naik sampan eh bot taktahu lah mana satu.

Then pantai kedua dia akan berenti dekat tempat untuk
snorkelling. Family aku suka pantai tapi
pakat takut snorkelling  so aku and dua org adik je lah
yang puas snorkelling. Dekat sini dorang tak kisah berapa 
lama nak mandi pun kiranya sehingga puass lah.
Seharian penat mandi pantai. Kebetulan dah nak balik
tetiba hujan sepanjang perjalanan nak balik tu
memang berdoa je lah harap takada apa apa 
Ombak kuat sangat rasa takut tu taktau nak cakap
macam mana. Sampai bilik hampir pukul 6.30ptg
belum penat lagi gais so pakat terjun kolam pulak.

Next day dah nak balik , perjalanan balik
kitaorg singgah tengok gajah alang-alang tu
naik terus lah gajah tu . Gajah kat situ semua besar-besar
and yang aku naik tu jantan , kak aku naik tino
so gajah aku punya nakal asyik nak menghempit
gajah kak aku see gajah pun pandai mengorat
awak bila nak mengorat saya ? hmm kbye.
Then terus pulang sebelum tu singgah hatyai.
Hatyai ni banyak kali dah p sampai cemuih dah
tapi dah kak aku tak pernah p kiranya bawa dia lah
kesian sangat kan. 

Sampai boarder dalam pukul 10malam macam tu
then sampai rumah nak dekat 12 malam jugak lah
masing-masing pengsan .






































ΔΆ