Ahad, 31 Disember 2017

THE END OF 2017

Assalammualaikum ....


 Pejam celik dah nak penutup 2017
actually sekejap sangat masa berlalu
masa yang selama ni terbuang dengan begitu saja
So setakat ni apa pencapaian aku ?
Kadang terfikir jugak aku hidup untuk apa?
Apa matlamat aku ?
Life is too complicated
But i need to be strong ..
No more stress insyaAllah
Allah always ada dengan kau imanina just always
remember Him ....


 Alhamdulillah aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan
Family parents yang makin hari makin memahami
Thankyou for everything ....
Cukup lah dengan apa yang aku ada untuk harini dan
hari-hari seterusnya ...
Sekarang ni masa aku untuk aku buka minda fikir masa hadapan
buang yang lepas takpayah dikenang
InsyaAllah yang lebih better than that akan ada...
Semua orang pernah jatuh pernah give up tapi
tak mustahil untuk kita terus bangun kan ...

Manusia datang dan pergi
Manusia ada yang kekal dan ada yang meninggal
Semua dah berubah termasuklah diri kita sendiri ..
Bilangan orang di sekeliling kita pun makin berkurang
Tapi yang akan kekal dengan kita
orang yang sentiasa ada masa susah dan senang kita ...


Too many things happened in 2017
a year full of regrets, saddness and happiness all in one
Ive lost some people and met new people
InsyaAllah dengan niat yang betul
tahun baru ni 2018 akan lebih bermakna
Positif thinking !
Hoping 2018 will be a lot better !

KL FOREST ECO PARK, BUKIT NANAS

Assalammualaikum ....

Finally apa yang dirancang berlaku pun
Semangat bangun awal nak p Bukit Nanas
tak sampai sejam pun sampai
Alhamdulillah dipermudahkan perjalannya ..

First naik uber p ktm serdang then sampai ke KL Sentral
so kitarong then ambik monorel terus ke Bukit Nanas
Then kat perhentian tu kitaorang ambik uber harga dalam
RM1.50 sekejap je tapi kalau jalan kaki semput sikit and bahaya
jugak sebab jalan nak naik ni macam berbukit














Ahad, 17 Disember 2017

12 TAHUN FRIENDSHIP

Assalamualaikum .....

Hari ni finally genap lah friendship group
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
Alhamdulillah ....

Group whatsapp ni ada jugak functions dia
even hanya bunyi bila ada something
or nak join activity apa apa
untuk kami semua eratkan relationship tu

Alhamdulillah semua dah bawa haluan masing-masing
Semua dah pakat berjaya yang dulunya
taktahu haluan apa yang hanya tahu
main batu tujuh bagi power
hahahahahahahhaha

Perangai memasing pun tak berubah
pakat tak senonoh jugak
apapun nampak puberty except aku
Awat semua pakat segak namati ....
Heh










MERRY CHRISTMAS

Assalammualaikum ....

Dah berapa bulan tak update
bila rasa down rasa sedih baru aku teringat
aku ada hang blog ...
yang sentiasa ada dari aku bodoh tak matang
lupa diri sampai sekarang bila dah besar panjang ...

Terlalu banyak perubahan berlaku sampaikan
aku dah rasa takada makna dalam kehidupan ni
jika kita asyik fikirkan orang lain ...
So aku decided untuk cuba lupkan apa yang dah berlaku
dimasa dulu dan cuba untuk fikirkan di masa hadapan ..

13hb Disember 2017
Even letih sangat sangat tapi aku as a friend
mesti kena ada tak kira susah senang
so aku terima ajakan Vindrut untuk buat surprise
dekat Taman Sri Serdang
Actually aku pun taktahu bila birthday Chia
disebabkan relationship kitaorg dari first kenal
jiran sebelah bilik masa diploma
so aku try nak kekalkan relationship ni even
penat dengan assingment yang banyakkkkkk ..
Alhamdulillah berjalan lancar , tak lama pun lepak
dalam dua jam kitaorang borak share story bagai
macam bertahun tak jumpa then mula throwback bagai

Dah entry Merry Christmas kan well dah nak masuk
new semester then umur pun makin meningkat lah
Sekejap je dah hujung tahun daripada niat nak berhenti
sampai sekarang masih redha dan try
kuatkan hati dengan sokongan kengkawan .
InsyaAllah ..

Malam Selasa 12hb Disember 2017
Ijam call and punya terkejut bila dia cakap
dia kat UPM andddd aku sorang je yang dia call
dalam bebanyak classmates kitaorang ....
Taktahu la teruja macam mana bila dapat jumpa
manusia yang tolong banyak sangat
tolong bukakan mata aku dengan dunia ni
Sebab dia jugak aku dah berubah jadi kejam selfish
malas ambik tahu hal orang ...
Yang dulunya aku asyik kena arah buat itu buat ini
dah ibarat kuli then kena sounds tak tentu arah
Finally ada jugak orang brainwash aku. Penat actually
pendam. Ijam ni jenis advice guna ayat yang sangat pedih
first kenal hg akan rasa dia ni perangai setan tapi bila
fikir balik ayat dia yeah ada betulnya ...
Thankyou sebab call aku bila hg mai upm
Thankyou sebab hg ingat aku ...

Kitaorang p makan makan dekat Mid Valley
macam biasa habiskan duit ...
Seminggu sekali habiskan masa di luar .....










Rabu, 15 November 2017

KRABI

Aku tahu cerita aku hampir basi 
sejak degree life tak sempat pulak nak berblog
bukak laptop asyik tengok movie je. 

So cuti sem dua haritu my family decided
p KRABI so kitaorang adik beradik mula lah
tugasan masing-masing. After pakat buat boarder pass
kitaorang mula lah bahagi tugas sorang kemas rumah ,
sorang masak, sorang basuh kereta macam macam lah.
Nak p vacation boleh syaratnya sebelum p kena tinggalkan
rumah dalam keadaan bersih.

3hari 2malam kitaorang ambik pakej
so guna van lepas dari boarder bukit kayu hitam
Perjalanan lima jam macam kedah ke KL
tapi tak rasa bosan maybe van kitaorang ni ada wifi kot
so kurang sikit bosan. Beratur dekat immigresion
panjang gilaa tapi normal lah bila hulur duit terus
jadi laju terpaksa gaisssss. Then dah selesai semua
punya panas lit lit apalagi dah masuk danok
wajib la singga beli air pulut semua sumpah sedap tak tipu.

Sampai pun dah pukul lima petang macam tu 
check in hotel then salin baju rehat sekejap
apalagi ada swimmping pool satu family
mandi. Bestnya hotel tu takada orang so kitaorang punya lah.
Tetiba rasa macam ada privasi. Malam tu p
pasar malam Krabi situ memang wajib singgah.
Macam-macam dorang jual termasuklah makanan, ole-ole pun
banyak dekat situ sampaikan rambang mata.
Harga normal lah duit Malaysia jatuh kan tapi
bagi aku murah jugak lah and datang sni wajib
makan PANCAKE ! SEDAP SUMPAH TAK TIPU!

Esok tu kitaorang gerak ke pulau. So ada empat pulau
nama pulau aku dah tak ingat tapi mostly pakej
semua ada pulau tu except pulau privasi extra charge
tapi disebabkan tour guide kitaorg sporting dia
singgah pulau tu jugak tapi kejap je kalau tak kena
bayar then kitaorg tangkap gambar cepat cepat then terus 
naik sampan eh bot taktahu lah mana satu.

Then pantai kedua dia akan berenti dekat tempat untuk
snorkelling. Family aku suka pantai tapi
pakat takut snorkelling  so aku and dua org adik je lah
yang puas snorkelling. Dekat sini dorang tak kisah berapa 
lama nak mandi pun kiranya sehingga puass lah.
Seharian penat mandi pantai. Kebetulan dah nak balik
tetiba hujan sepanjang perjalanan nak balik tu
memang berdoa je lah harap takada apa apa 
Ombak kuat sangat rasa takut tu taktau nak cakap
macam mana. Sampai bilik hampir pukul 6.30ptg
belum penat lagi gais so pakat terjun kolam pulak.

Next day dah nak balik , perjalanan balik
kitaorg singgah tengok gajah alang-alang tu
naik terus lah gajah tu . Gajah kat situ semua besar-besar
and yang aku naik tu jantan , kak aku naik tino
so gajah aku punya nakal asyik nak menghempit
gajah kak aku see gajah pun pandai mengorat
awak bila nak mengorat saya ? hmm kbye.
Then terus pulang sebelum tu singgah hatyai.
Hatyai ni banyak kali dah p sampai cemuih dah
tapi dah kak aku tak pernah p kiranya bawa dia lah
kesian sangat kan. 

Sampai boarder dalam pukul 10malam macam tu
then sampai rumah nak dekat 12 malam jugak lah
masing-masing pengsan .






































ΔΆ