Isnin, 6 Julai 2015

Sudah masuk fasa ketiga di bulan yang mulia ini
Ramadhan Al-Mubarak Alhamdulillah .
Semoga hati aku sentiasa bersih suci daripada sifat dengki
dan dendam dengan orang orang di sekeliling aku .
Biarlah taksuka pada luaran tapi dalaman hanya aku dan yang diatas
saja tahu niat sebenar benarnya .

Niat untuk berbaik berkawan seperti dulu ada tapi
belum tiba masa lagi mungkin. Hari demi hari
aku belajar cara hidup dalam keadaan yang jauh dari keluarga
dan orang yang kita sayang. Sudah hampir tiga tahu aku
duduk di bumi Borneo ini , sudah aku masak dengan
perangai manusia manusia disekeliling aku.
Aku kalanya orang suka berkawan dengan kita dan ada masanya
orang lebih suka menjauhkan diri dari kita dan akan menghampiri
kita bila ada masalah atau pertolongan yang memerlukan kita
tapi itulah namanya manusia susah baru dicari.
Aku pun dah tak kisah tak mati pun takada kawan
yesss tapi mungkin perkataan sunyi itu ada .
Kawan saja yang boleh mewarnai kita disaat keluarga kita
berjauhan dengan kita.

Tak semua perubahan kita boleh terima dengan secara mendadak dan
pantas.Tipulah kalau sekarang rasa tak terkilan , dalam kegembiraan kita
mesti ada juga rasa rindu sayang even kita dah tak macam hubungan yang
dulu.Kawan rapat menjadi musuh ketat , roomate menjadi hantu
takwujud,yang dahulunya couple menjadi alien , yang dahulunya
makwe orang menjadi manusia tak guna , yang dahulunya single
menjadi pasangan over,yang dahulunya diam menjadi gila gilaaa ,
yang dahulunya alim warak menjadi syaiton ,yang dahulunya
dianggap malaikat menjadi lelaki semua sama .
Setiap perubahan dalam masa tiga tahun aku dibumi Borneo
dah pelbagai lakonan drama aku tengok. Sedih ada gembira ada
tapi itulah namanya kehidupan . Manusia tetap akan berubah sejahat jahat
dan sebaik baik manusia tetap akan berubah juga.

Lumrah hidup tak lari daripada kesilapan kesalahan .
Semua orang melakukan kesalahan dan diberi peluang untuk
bermaafan dan tidak melakukannya lagi tapi adakah semua orang
menggunakan peluang kedua itu dengan sebaik mungkin ?
Itu semua terpulang atas diri sendiri. Kita bukan manusia yang
sebenarnya sempurna dimata orang lain tapi kita mencuba untuk
menjadi yang terbaik diantara yang terbaik . InsyaAllah.
Tipulah kalau gaduh marah masam muka semua tu tak bersebab kan.
Setiap orang ada perangai yang tersendiri so kalau kita
memahami antara satu sama lain benda kecil tak akan menjadi besar.
Tak semua orang disekeliling kita berfikiran yang sama
ada yang tidak matang hanya memikirkan keseronokkan ,
ada yang sudah pernah jatuh dan ada yang senang mendapat kesenangan.
Semua terpulang dengan diri masing-masing sama ada untuk
kearah kebaikkan atau keburukkan . Semunya atas diri kita sendiri.
Setiap perkara boleh dibincang .


ΔΆ